Information technology Youth Movement (ITYM) dengan kerjasama  Kementerian Belia & Sukan , Institut Penyelidikan & Pembangunan Belia (IPPBM) akan menganjurkan satu persidangan yang membabitkan penglibatan blogger. Program Social Enforcement For National Youth Awareness Program (SENYAP). Program ini adalah program peringkat kebangsaan dan program pertama seumpamanya di Malaysia

Program ini terhasil daripada kajian generation gap dan digital divide yang dibuat sendiri oelh ITYM untuk membuktikan bahawa komuniti blogger dan pengguna IT harus diberi perhatian. Oleh itu kami telah menyediakan platform untuk warga blogger bersidang  di PWTC pada 18hb september 2011 ini untuk bersama-sama kami memikirkan hala tuju komuniti blogger di Malaysia yang dikuasai oleh generasi Y atau belia Khususnya..

Program ini turut dihadiri oleh Menteri Belia Dan Sukan  Dato'Sri Ahmad Shabery Cheek untuk berinteraksi bersama-sama blogger yang menyertai program ini.. program ini adalah terhad untuk 100 blogger sahaja.. oleh itu diharap anda semua tidak melepaskan peluang ke-emasan ini kerana banyak peluang akan diperolehi dari program ini nanti.. Kepada blogger-blogger yang berminat untuk menyertai SENYAP anda bolehlah melengkapkan syarat penyertaan seperti berikut:

Pengenalan Program :

SENYAP : Social Enforcement For National Youth Awareness Program.
Program Kesedaran Pembangunan Sosial Belia Peringkat Kebangsaan.

Kumpulan Sasaran : 100 Orang Blogger yang mempunyai Kriteria Seperti Berikut.
a. Mempunyai Sekurang-kurangnya 50 Follower didalam Blog Masing2.
b. Bukan Penulis Blog Politik.


Maklumat Program adalah seperti Berikut.
Program : SENYAP
Tempat : PWTC
Tarikh : 18 SEPTEMBER 2011
Masa Jam : 09:00-18:30
Pakaian : Formal

Sila emailkan  Maklumat seperti berikut untuk tujuan Surat Menyurat:
1 Nama Penuh
2.Nama Blog
3.No Kad Pengenalan
4.Alamat Email (Sebarang Surat Menyurat akan melalui E-MAIL)
5.Nombor Telefon (Sekiranya ada perubahan akhir anda akan dimaklumkan melalui telefon.
6. 1 Slide Powerpoint ringkas mengenai BLOG anda untuk dipersembahkan pada sesi pengenalan bersama-sama Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Ahmad Shabery Cheek.

e-mailkan butir-butir berikut di alamat email ini 

EMAIL : itym2007@yahoo.com

anda juga boleh terus request untuk menyertai senyap melalui facebook group kami di link berikut (SENYAP GROUP




Diharap para blogger diluar sana dapat bersama-sama kami untuk menyertai program yang julung kalinya diadakan.. rebutlah pelunag ini kerana ini adalah platform pertama yang disediakan untuk blogger menyuarakan hasrat dan pendapat agar komuniti blogger dapat diperkukuhkan dan diharap dapat mencipta satu revolusi bari di negara kita.

Salam Satu belia Satu Malaysia Sekian.,.



Salam Satu Belia satu Malaysia.. Sempena Hari Belia Negara 2011 @ Himpunan Sejuta Belia 27-29 Mei ini IT Youth Movement sekali lagi akan menjalankan satu pertandingan blog sempena hari gilang gemilang Belia di malaysia, sedia maklum pertandingan ini bukanlah untuk anda memperolehi habuan yang lumayan.. pertandingan ini lebih berkonsepkan cyber volunteer dimana anda semua dikehendaki menulis perkara yang positif untuk memastikan banyak artikel baik mengenai Malaysia di enjin carian google.

Tujuan kami mengadakan pertandingan ini adalah bertujuan untuk mengukur sejauh mana semangat patriotk 11.9 juta belia di Malaysia. Untuk pengetahuan Sejarah ITYM hanyalah bemula dari sekumpulan anak muda yang memperjuangkan generasi Y yang yang popular dengan gaya hidup IT.. inilah pendekatan kami untuk menarik 11.9 juta belia yang kurang mendekatkan diri dengan akiviti belia.

Atas inisiatif sendiri kami telah mengadakan pilot project pada hari belia tahun 2010 dengan mengadakan creative youth blog contest.. dan mendapati penglibatan belia khususnya blogger sangat menggalakkan dan kami mendapati pertandingn ini harus diteruskan untuk tahun berikutnya.

Untuk pengetahuan anda pertandingan ini tidak ada pemenang yang akan dipilih.. tetapi kami hanya akan memilih 50 blog yang terpilih untuk di berikan sijil khas himpunan sejuta belia peringkat kebangsaan yang boleh digunakan oleh anda semua untuk membina profile didalam alam pekerjaan ataupun pelajaran.

Syarat-syarat pertandingan seperti berikut:

  • Tulis satu entry mengenai Himpunan sejuta belia hari belia negara 2011 dengan menggunakan tema (Belia Pemangkin Transformasi Negara)
  • Anda bebas mempelbagaikan penulisan anda mengikut kreativiti masing-masing
  • Dilarang sama-sekali menulis post yang berunsur perkauman, politik dan perkara-perkara yang boleh mencetuskan huru-hara. (Post anda haruslah positif)
  • Submit post anda di facebook group khas contest ini di Himpunan Sejuta Belia Blog Contest bertujuan untuk pertanyaan dan pengumuman penerima sijil
  • Letakkan di sidebar anda logo ini kerana secara automatik anda telah menjadi Blogger ITYM


    Dengan menyertai Contest ini anda semua secara langsung akan menjadi ahli ITYM atau persatuan belia yang berdaftar dibawah Akta Belia 2007 (roy) dan secar tidak langsung anda telah menyumbang untuk pembangunan belia di Malaysia

    Sedikit Informasi mengenai ITYM : ITYM adalah persatuan yang bergerak menggunakan pendekatan informasi teknologi bertujuan untuk mendekati generasi Y yang menjadikan IT sebagai gaya hidup.


    Pembentangan Inisiatif Makmal Transformasi Belia sambil diperhatikan
     Datuk Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia Dan Sukan



    Persatuan ini telah ditubuhkan oleh Saudara Khaireel Azlee bekas peserta Kapal Belia Asia 2008. Dengan Inisiatif beliau sendiri, Beliau telah menubuhkan persatuan ini dan hari demi hari kami mencapai beberapa pencapian penting seperti:

    1. Meneraju Hari Belia Negara 2010
    3. Menjadi Ahli lantikan Menteri Untuk Majlis Perundingan Belia Negara
    4. Menghantar Ahli atau Belia ITYM ke program antarabangsa seperti MSYC 2010, CYP 2010
    5. Menubuhkan YTV Malaysia (TV Portal Rasmi Belia)

    Dengan Menggunakan saluran IT kami bertanggungjawab unuk menarik belia-belia yang kurang melibatkan diri didalam pembangunan belia agar mereka lebih peka terhadap kepentingan persatuan belia.

    Contest ini akan ditutup Pada 29 Mei 2011 Jam 23.59 dan 50 blog yang layak menerima sijil akan diumumkan melalui facebook group contest ini, sekian selamat Menulis.


    Sokong Projek terbaru ITYM

    Like Facebook YTV Malaysia dan layari site kami di:


    Kursus Transformasi Belia Mahasiswa Siri 1 2011

    Posted by Pendekar melayu Apr 15, 2011 2 comments




    UiTM SHAH ALAM


    - Hanya untuk 50 org Mahasiswa sahaja ( 25 siswa 25 siswi )


    - UiTM Blogger dikhaskan :)


    - Sijil penyertaan daripada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ( bersempena pelancaran Dasar Keluarga Negara Oleh YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil 



    - Sjil Kemahiran Insaniah untuk mahasiswa UiTM


    - Terbuka untuk pelajar Non Resident serta Kolej Kediaman UiTM

    - Tiada yuran penyertaan

    - Makanan dan goodies beg disediakan

    - Peserta Kursus ini akan menyertai KEM TRANSFORMASI BELIA yang akan dijalankan di Gunung LEDANG Johor pada bulan Jun/ Julai 2011

    - dibawa KHAS oleh INFORMATION TECHNOLOGY YOUTH MOVEMENT ITYM
    - ahli Makmal Transformasi Pembangunan Belia 2010
    - pemerhati Majlis Perundingan Belia Negara MPBN 2010
    - duta belia ke Commonwealth Youth Program New Delhi 2010
    - duta belia ke Malaysia Singapore Youth Camp 2010
    - sekritariat Hari Belia Negara 2010
    - penganjur Creative Youth Gigs HBN 2010
    - penganjur Self Expression Moment HBN 2010
    - penganjur Youth Blog Contest HBN 2010


    IT Youth Movement Sepanjang Tahun 2010

    Posted by sazali yusof Feb 22, 2011 2 comments




    Salam dan selamat sejahtera.
    Setahun sudah berlalu.. IT Youth movement atau lebih dikenali sebagai ITYM adalah satu-satunya persatuan IT yang berdaftar di Malaysia.. Kewujudan kami mungkin masih tidak dikenali sestengah pihak.. tetapi dalam masa setahun kami merasakan ITYM telah menuju ke arah pencapaian yang cemerlang luar dari jangkaan yang difikirkan.


    Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong pergerakan kami selama ini.. kami hanyalah satu persatuan kecil yang didaftarkan pada tahun 2007 dibawah akta belia 2007. Boleh dikatakan kami baru setahun jagung kalau hendak dibandingkan dengan persatuan-persatuan belia yang lain.. walaupun kami kecil. tetapi semangat yang kami ada kuat untuk bersama-sama persatuan belia yang lain untuk menegakkan suara belia di Malaysia ini..


    Okay.. untuk pengetahuan anda semua.. walaupun ITYM ditubuhkan pada tahun 2007 namun persatuan ini mula bergerak secara serius pada tahun 2010 dimana banyak aktiviti dan pencapaian yang telah kami lakukan.. Alahamdulillah.. pencapaian kami untuk tahun 2010 bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah telah menyertai beberapa program antarabangsa.. post kali ini adalah bertujuan untuk menyingkap kembali program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh kami untuk dikongsikan bersama-sama anda.. jadi dibawah ini saya senaraikan beberapa aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang tahun 2010.


    1. Majlis Perundingan Belia Negara 23 Disember 2010 Sidang IV Penggal ke 27




    2. Lawatan Kerja ke Singapura bersama KBS dan Ahli Makmal  11-12 Disember 2010







    3. Makmal Transformasi Pembangunan Belia 1 Nov - 10 Dis 2010






    4. Kapal Layar Diraja Tunas Samudera Voyage 259/2010  23 Nov - 2 Dis 2010






    5. Asia Regional Cosultation On Student Youth Movement CYP Asia Centre New Delhi 13- 18 Sept 2010






    6. My Selangor Story Blog Competition






    7. Pelancaran Youth Town Putrajaya & Sambutan Kempen Pelancaran Hari Belia Negara 2011






    8. 15th Malaysia Singapore Youth Camp MSYC 12- 20 Jun 2010




    9. Sekretariat Sambutan Hari Belia Negara 2010







    10. Malaysian International Youth Programme MIYP 2010







    11. Creative Youth Gig Hari Belia Negara







    12. Creative Youth Blog Contest Hari Belia Negara







    13. Self Expression Moment Rakan Muda Hari Belia Negara







    14. Watikah Perlantikan sebagai Penaja dan Rakan Kongsi Hari Belia Negara 2010







    15. Bengkel Kreatif Dan Inovatif SIRIM







    16. Pelancaran Kempen Belia Kreatif Dan Inovatif




    17. Persidangan "Islamic Educational Scientific and Cultural Organisation" ISESCO






    18. Majlis Anugerah Belia Daerah Kuala Selangor




    Salam satu belia satu Malaysia. ITYM kembali lagi.. Mungkin ramai yang beranggapan persatuan ini sudah hilang arah.. Untuk pengetahuan anda.. kami bukan menghilangkan diri tetapi merancang sesuatu untuk kepentingan belia.

    Masih ingat atau tidak dengan contest Creative Youth Blog Hari Belia Negara yang lepas..?? Kami pernah berjanji untuk membawa suara anda untuk disampaikan kepada menteri. Alhamdulillah.. usaha kami selama ini didengar..  Atas kerjasama blogger-blogger hebat yang menyokong ITYM selama ini dengan menulis entry mengenai harapan belia kepada negara.. ianya telah membuahkan hasil untuk diberi perhatian lanjut.

    Penekanan ITYM mengenai generation gap telah membawa kami untuk diberi peluang menyertai Makmal Transformasi Pembangunan Belia. kami berasa amat bersyukur kerana diberi penghormatan setinggi ini. makmal belia atau Youth lab ini ditubuhkan bertujuan untuk membuat dasar dan polisi baru agar kehendak belia dapat dipenuhi. pendekatan konsep youth to youth (Y2Y) didalam makmal ini akan dikaji dan satu dasar baru akan dibentangkan di parlimen hasil dari makmal ini nanti.

    Tugas kami di makmal ini adalah memperjuangkan suara dan kehendak anda semua agar dapat di laksanakan dengan segera. Hasil dari contest Creative Youth Blog yang lepas.. suara anda telah didengari.. dan apa yang kami perlukan kali ini adalah perincian menyeluruh dari anda semua untuk dibawa didalam makmal ini untuk memastikan dan memperincikan kehendak sebenar belia.

    Sehubungan dengan itu, kami memerlukan khidmat anda semua supaya kehadiran kami dimakmal ini tidak dipersiakan. Dengan itu kami di ITYM telah melancarkan program Malaysian Youth Need's. program ini bertujuan utuk mengumpul seberapa banyak cadangan dan komen belia dari segi dasar, polisi dan program yang betul-betul dikehendaki oleh belia kita.

    Oleh itu jangan sia-siakan peluang yang kami ada didalam makmal ini.. marilah bersama kami untuk memperjuangkan nasib dan kehendak generasi Y(outh) dengan menyokong kami didalam program Myneed's ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengisikan borang online yang kami sediakan di laman Myneed's beserta komen dan cadangan anda. 

    Untuk makluman anda.. kami bersusah payah untuk memasuki makmal ini demi kepentingan belia.. kerana makmal ini adalah tempat pengubalan dasar sebelum dibahaskan ke parlimen.. anda boleh rujuk di Utusan Online untuk makluman lebih lanjut.

    Apa yang kami boleh katakan.. kami serius dan komited untuk memperjuangkan kehendak generasi Y yang terdiri dari para blogger dan Modern Society ini.. jadi jangan sia-siakan peluang ini.. kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama ..  mari bersama-sama ITYM untuk memperjuangkan hak kita.. Sekian terima kasih.

    Commonwealth Youth Programme CYP Asia Centre 2010

    Posted by Pendekar melayu Oct 16, 2010 0 comments

    Regional Consultation On Student Youth Movements New Delhi, India




    Salam Ukhwah Salam 1 Belia dan Salam 1 Malaysia

    " Leading with Integrity-Realizing the Potential of Student Youth Leadership"
    14-17 September 2010

    Pada syawal ke-4 Gerakan Belia Teknologi Informasi @ Information Technology Youth Movement (ITYM) yang diwakili oleh saudara Dzul Izzat Misnon selaku Timbalan Naib Presiden II telah diberi mandat oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk mewakili Malaysia di persidangan mahasiswa-mahasiswa negara-negara Komanwel Asia bertempat di New Delhi, India. Negara-negara yang terlibat ialah Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, India, Bangladesh dan Sri Langka dimana dua negara tidak dapat menghadiri persidangan ini iaitu Pakistan dan Maldives.

    Persiapan untuk persidangan tersebut adalah bermula 2 bulan sebelum dimana pihak majlis tertinggi ITYM dikehendaki menyiapkan pembentangan pergerakan ITYM dan mengumpul data-data pergerakan mahasiswa serta pertubuhan belia di Malaysia. Segala informasi berkenaan perkembangan isu-isu mahasiswa belia dikumpulkan dan di'compile'kan dengan bantuan daripada pihak KBS .

    Pada 13 hb September 2010 bersamaan 4 Syawal, delegasi Malaysia dikehendaki mendaftar di Menara KBS Putrajaya untuk menghadiri sesi Pre Depature Training persidangan sebelum berlepas ke New Delhi dimana setiap program pengantarabangsaan memerlukan satu sesi latihan. Ini adalah kerana wakil duta belia Malaysia perlu dilengkapi pengetahuan khusus ketika membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Untuk makluman , wakil ITYM saudara Dzul Izzat merupakan peserta "Malaysia Singapore Youth Camp 2008" salah satu program pengantarabangsaan yang dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2008 bersama-sama Presiden ITYM.


    KLIA sebelum berlepas ke Indira Ghandi International Airport New Delhi India 620pm Malaysia

    Delegasi Malaysia selamat tiba di Indira Ghandi International Airport New Delhi India pada jam 1100pm zon waktu India dimana penerbangan mengambil masa dalam lingkungan 5 jam. Kami dibawa ke Qutub Residency terletak hanya 12km daripada lapangan terbang. Malaysia merupakan negara kelima tiba diikuti oleh delegasi Brunei Darussalam. Segala persiapan untuk majlis perasmian pada 14 September telah disediakan oleh negara-negara yang tiba awal.




    14 September 2010
    Hari Pertama
    Perasmian pembukaan oleh Mr. A.K Upadhyay, I.A.S., Setiausaha, Jabatan Hal Ehwal Belia , Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan India, Ucapan alu-aluan oleh Mr. Raj K.Mishra Regional Director, CYP Asia Centre dan ucapan oleh Prof Thomas Abraham Fasilitator persidangan sertta ucapan daripada Mrs Darshini Seneviratne, pengarah program CYP Asia Centre.


    Sesi pertama sidang perkenalan diantara delegasi persidangan 6 buah negara yang terlibat. Segala maklumat berkenaan peserta delegasi boleh merujuk di link di bawah.


    Perangkaan program lebih kepada perbincangan dua hala, perkongsian pengalaman pergerakan mahasiswa di negara masing-masing dan juga pengajaran dan ikhtibar daripada permasalahan yang muncul ketika pembangunan sesuatu pertubuhan. Tema-tema diskusi pada hari pertama persidangan adalah tertera di pautan berikut :

    ASIA REGIONAL CONSULTATION ON STUDENT YOUTH MOVEMENTS DAY 1





    15 September 2010
    Hari kedua dimulakan dengan mengingat kembali pengajaran dan perkongsian para delegasi pada hari pertama. Sesi bertafakur selama 5minit memberi peluang para peserta menoleh ke masa lalu segala kekurangan yang ada dalam menguruskan sesuatu organisasi. Tema perbincangan pada hari kedua boleh merujuk ke pautan :

    ASIA REGIONAL CONSULTATION ON STUDENT YOUTH MOVEMENTS DAY 2





    Sesi petang hari kedua peserta persediangan diberi peluang merehatkan minda sambil melawat ke sekitar ibu kota New Delhi, kami dibawa ke beberapa destinasi perlancongan di bandar bersejarah India ini.


    Gate of India



    16 September 2010
    Hari ketiga persidangan

    Sesi pagi dimulakan dengan sesi pembentagan latar belakang negara yang terlibat dimana kami berkongsi pencapaian dan kemajuan yang dicapai sebagaai negara yang membangun. Seterusnya selepas itu kami berkunjung ke Lady Sri Ram College di mana National Service Scheme (NSS) dipraktikkan. Disini kami mendapat informasi berkenaan objektid misi dan visi NSS yang merupakan perancangan jangka masa panjang India di dalam memperkasakan mahasiswa belia dari segi pencapaian individu yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

    ASIA REGIONAL CONSULTATION ON STUDENT YOUTH MOVEMENTS DAY 3










    17 September 2010
    Hari keempat persidangan dimana merupakan hari terakhir sesi dialog bersama semua wakil negara-negara Komanwel Asia. Maklumat seterusnya di pautan dibawah.

    ASIA REGIONAL CONSULTATION ON STUDENT YOUTH MOVEMENT DAY 4









     





    Selesai sudah persidangan selama 4hari berkongsi realiti pembangunan dan keberkesanan pimpinan Belia Mahasiswa di setiap negara yang hadir dimana matlamat asal persidangan ini diadakan untuk mecerap segala kelebihan yang ada di setiap negara dan mencapai pembangunan serantau yang telah dibincangkan oleh menteri negara-negara Komanwel di persidangan Menteri Pendidikan di rantau Komanwel kali ke 17 ( CCEM 17th ) dan Forum Belia Komanwel yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun lepas.

    COMMONWEALTH YOUTH FORUM KUALA LUMPUR 2009



    Program ini dapat berkongsi keberkesanan Information Technology Youth Movement dalam mendekati belia-belia muda dan juga belia Mahasiswa kerana medium IT merupakan medium utama komunikasi diantara golongan ini. Disini ITYM dapat menunjukkan di hadapan 6 negara yang terlibat anjakan paradigma yang perlu dilakukan di setiap negara untuk menubuhkan badan NGO yang berkait secara langsung dengan interaksi Belia  kepada Belia. Rata-rata negara maju dengan teknologi terlepas pandang bahawa cara mendekati belia itu sendiri adalah melalui kemajuan teknologi itu sendiri bahkan pucuk pimpinan sendiri meletakkan IT itu satu perkara negatif yang sukar dibendung kerana mereka bukan belia yang sedang meningkat dewasa.

    Keberkesanan medium Blog juga telah ditunjukkan kepada sidang CYP oleh oleh penulis dimana setiap aktiviti yang dijalankan dipamerkan di entri post blog penulis ( ezact.co) setiap hari untuk dikongsi bersama-sama pucuk pimpinan ITYM dan juga para Bloggers diluar sana.

    Sekian. 


    1 ITYM 1 BELIA 1 MALAYSIA


    ShoutMix chat widget
    Bookmark and Share